Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing) merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang, di dalam jajahan Pasir Mas, Kelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.